Follow Now......!

Isnin, 16 April 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433 H peringkat USIM

Pada tanggal 8 Mac 2012 bersamaan 15 Rabiulakhir,Kelab CEKMITE.FC dengan kerjasama Unit Pentadbiran PTM telah di beri tanggungjawab untuk menguruskan penyertaan PTM bagi program Perarakan Maulidur Rasul 1433 peringkat USIM.Perarakan bermula di Kompleks Sukan Tunku Najihah dan berakhir di Stadium Tertutup Nilai.PTM telah menghantar lebih kurang 12 kontinjen.Berkonsepkan tema ungu,PTM telah berjaya di pilih sebagai Top 5 bagi kategori perbarisan terbaik.Apapun program sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk menghayati perjuangan Rasulullah di samping menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada baginda sebagai Kekasih Allah,telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Antara program yang di susun sepanjang sambutan ini adalah Ceramah Maulidur Rasul,Persembahan Sketsa,Persembahan Nasyid dan lain.Sebahagian staf PTM juga terlibat dalam menguruskan Sistem U-EVENT bagi memastikan program sambutan berjalan dengan lancar. Tahniah di ucapkan.





















0 comments:

Catat Ulasan