Objektif Kelab Keluarga PTM

Memupuk semangat kekeluargaan yang tinggi di kalangan staf-staf PTM.dalam melahirkan satu keakraban yang tidak ternilai di dalam menyemai ikatan ukhwah yang mampan

Objektif Kelab Keluarga PTM

Menjalankan aktiviti-aktiviti samada dalam bentuk duniawi mahupun ukhrawi bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli kelab

Objketif Kelab Keluarga PTM

Menjaga kebajikan setiap ahli dan keluarga bagi mewujudkan sifat perkongsian hati samada kegembiraan mahupun kesedihan

Objektif Kelab Keluarga PTM

Melakukan usaha-usaha dalam meletakkan kepentingan diri adalah sama dengan kepentingan ahli-ahli dan keluarga yang lain

Objektif Kelab Keluarga PTM

Membentuk sebuah komuniti yang kuat dan disegani samada di kalangan komuniti USIM mahupun masyarakat luar

Follow Now......!

Khamis, 19 Julai 2012

Kelahiran Bayi Ahli Kelab

Tanggal 3 Julai 2012 ,En Zahar Sulaiman merangkap Penolong Pendaftar PTM,telah di anugerahkan seorang bayi perempuan. Bayi tersebut selamat di lahirkan sekitar jam 1.30 petang di An Nur ,Bangi.Tahniah di ucapkan.

Selasa, 19 Jun 2012

Hari Keluarga PTM 2012 di Merang Suria Resort,Kuala Terengganu

Alhamdulillah setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan akhirnya Kelab CITEF berjaya juga menganjurkan program Hari Keluarga PTM 2012 yang di gabungkan dengan Program Retreat PTM pada 15 - 17 Jun 2012 bertempat di Merang Suria Resort ,Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.Seramai lebih kurang 109 peserta termasuk pasangan,anak- anak dan ahli keluarga lain telah menyertai program ini.Ianya merupakan satu sejarah baru bagi Kelab mahupun PTM sendiri dalam penganjuran sesuatu program.Dua bas telah di sediakan bagi membawa peserta-peserta ke destinasi.Selain itu 11 peserta lain hadir dengan membawa kenderaan sendiri.,.

CATATAN PERJALANAN
Khamis 14 Jun 2012- Jumaat 15 hb Jun 2012 
Bagi yang menaiki bas, peserta - peserta berkumpul di bangunan PTM pada jam 8.00 malam. Tepat jam 9.20 malam 2 bas yang membawa peserta- peserta mula bergerak ke Terengganu Darul Iman.Destinasi pertama yang di tuju ialah masjid terapung Kuala Ibai.Alhamdulillah lebih kurang jam 5.45 pagi.Dua bas tesebut selamat sampai ke destinasi iaitu selang beberapa minit sebelum azan Subuh berkumandang.Setelah selesai menunaikan solat subuh di samping membersihkan diri,bas meneruskan perjalanan untuk sarapan bagi sebelum menuju ke Taman Tamadun Islam.Dalam lebih kurang 12.30 pagi,perjalanan di teruskan ke penginapan iaitu Merang Suria Resort,Merang untuk check -in.
Jam 4.30 petang,program pertama bermula iaitu ceramah motivasi yang di sampaikan oleh Tn Hj Al Muzmi bin Abd Hamid,Timbalan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat,Universiti Malaysia Terengganu.Ceramah yang bertajuk "Transformasi Minda ke Arah Budaya Cemerlang" berjaya membawa semua peserta meneroka bukan sahaja mencakupi urusan duniawi malahan juga ukhrawi.Ceramah motivasi ini berakhir pada jam 6.30 ptg

Sabtu 16 Jun 2012
Seawal jam 7.30 pagi,setelah selesai bersarapan pagi,peserta-peserta di bawa ke Jeti Merang untuk menaiki bot ke Pulau Taman Laut (Marine Park) Pulau Redang untuk tujuan beriadah.Tiga biji bot di sediakan dengan setiap satunya memuatkan lebih kurang 35 orang peserta telah berlepas ke Pulau Redang tepat jam 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit di mana destinasi selamat sampai sekitar jam 9.30 pagi.Bagi yang berkeluarga,mereka membawa anak-anak bermain -main di tepi pantai sambil menikmati keindahan pantai  Pulau Redang. Bagi sebahagian yang lain,selain bermandi-manda di tepian pantai,menuju pula ke kawasan snorkerling dengan menggunakan peralatan snorkerling yang di pinjamkan melalui UMT.Setelah beridah lebih kurang 3 jam,berkumpul semula ke jeti untuk kembali ke Jeti Merang.Peserta selmat sampai ke Jeti Merang pada jam 2.00 ptg.Kembali ke penginapan untuk makan tengahari sebelum berehat di penginapan masing-masing.
Semua peserta berkumpul semula di padang Merang Resort pada jam 5.30 petang untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu Sukaneka. Lima aktiviti di laksanakan iaitu bowling kelapa,Isi air dalam botol,Baling Bola dan Bakul,Rakit Darat dan Mumia. Aktiviti sukaneka berakhir pada jam 6.30 petang. Aktiviti di teruskan dengan bermandi -mandi di kolam renang Merang Resort.
Pada sebelah malam,aktiviti diteruskan dengan aktiviti BBQ yang akan diserikan lagi dengan pertukaran hadiah dan aktiviti khas iaitu ala-ala super spontan.Aktiviti BBQ di mulakan pada jam 8.00 malam dengan bacaan doa oleh En Hatta diikuti kata-kata aluan oleh Pengerusi CITEF dan Pengarah PTM.Sambil menikmati hidangan ,aktiviti di sambung dengan cabutan undi untuk pertukaran hadiah.Sebanyak lebih kurang 41 hadiah tersedia untuk di bahagikan.Aktiviti pertukaran hadiah di selang selikan dengan aktiviti ala-ala Super Spontan yang di hoskan oleh Pengerusi CITEF sendiri.Aktiviti ini sangat mendapat sambutan daripada semua peserta pada malam itu.Antara aktiviti nya adalah membaca resipi masakan nasi ayam dalam bentuk syair,membaca sajak menggunakan loghat kelantan,video klip,silent comedy,miming dan sebagainya.Program BBQ ini akhirnya tamat lebih kurang jam 10.00 malam.

Ahad 17 Jun 2012
Seawal jam 7.30 pagi,satu Bas telah bersedia untuk membawa peserta lawatan ke UNISZA bagu tujuan lawatan kerja. Seramai lebih kurang 20 peserta terlibat dengan di ketuai oleh Pengarah PTM sendiri iaitu Encik Idris Takyan.Selepas bersarapan pagi,bas mula bergerak tepat jam 8.00 pagi menuju ke UNIISZA.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.Lawatan kerja bermula jam 9.00 pagi di bilik persidangan PTM UNISZA dengan di pengerusikan oleh Dr Nordin selaku Pengarah PTM UNISZA.Acara di teruskan dengan lawatan ke Pusat Data UNISZA dengan melihat teknologi baru bilik server tanpa penghawa dingin.Lebih kurang jam 11.30 pagi,lawatan berakhir dan bertolak kembali ke Merang Suria Resort untuk makan tengahari dan check out.Tepat jam 1.00 ptg bas mula bergerak menuju ke USIM.

Gambar-gambar akan di upload dari masa ke masa.Sebarang komen atau penambahbaikan adalah amat di alu-alukan dengan mengisi di ruangan komen


Rabu, 16 Mei 2012

Pemilihan Tempat Hari Keluarga PTM 2012

Berdasarkan keputusan yang telah di persetujui,AJK CITEF dengan ini membuka undian kepada semua ahli-ahli untuk membuat undian bagi pemilihan tempat untuk program Hari Keluarga PTM 2012.Sila baca semua cadangan melalui link yang di sediakan di bawah sebelum membuat undian di menu kanan blog ini (undian hanya sekali sahaja tapi boleh vote dua lokasi bagi sekali undian).

Pulau Langkawi
Merang Suria Resort Terengganu
Batu Burok Beach Resort,Terengganu
Pulau Perhentian,Terengganu
Pulai Desaru,Johor

Untuk makluman, kos perbelanjaan hari keluarga di tampung sepenuhnya oleh bajet retreat sebanyak
RM 500 seorang dan duit sumbangan e-Prestasi sebanyak RM 1000.00

Ini bermakna jumlah keseluruhan adalah RM 500 X 53 = RM 26,500 + RM 1000 = RM 27,500.00

Berikut adalah jadual ringkas bagi 5 cadangan setakat ini  :

Bil
Pulau Langkawi Merang Suria Resort,
Terengganu
Batu Burok 
Beach Resort ,
Terengganu
 
Pulau Perhentian,
Terengganu
Pulai Desaru ,
Johor
1 Kos Keseluruhan RM 26,608.00 RM 24,009.00 RM 27,500.00 RM 31,501.00 RM 28.197.00
2 Lebihan RM 799.00 RM 3,491.00 Tiada Tiada Tiada
3 Kos Tambahan Tiada
Tiada Tiada RM 76/staf RM 13/staf
4 Sukaneka Included Included Included Included Included
5 BBQ Included Included Included Included Included
6 Pakej yang
termasuk 
dalam 
kos 
keseluruhan
Tiket Cable Car,
Wild Life, 
Makam Mahsuri

Island Hooping
Snorkerling
Door Gift, 
Hamper
Door Gift
Hadiah
Sukaneka,
Banner,
Cabutan Bertuah, 
anugerah khas 
individu,
Banana Boat,
yang bujang
boleh bawa
seorang tambahan
Snorkerling -
7 Catatan



Makan Tengahari
dan
makan malam
tidak di sediakan
8 Contact Person Pn Norharisah Pn Nurin Aiza Cik Elnadia Pn Nurin Aiza En Hatta

Tempat cadangan mungkin akan bertambah sehingga tarikh tutup pada 17 Mei 2012
Undian akan di buka sehingga 21 Mei 2012 jam 12:00 tgh .
Perjumpaan dengan semua ahli di jangka akan di adakan pada 21 Mei 2012 (Isnin) jam 12:00 tgh untuk membuat keputusan muktamad.

Program Paintball @ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Adalah di maklumkan,  Kelab CITEF 2012 akan menganjurkan satu program iaitu permainan Paintball. Program tersebut akan di adakan seperti ketetapan berikut :
 
Tarikh      :  19 Mei 2012 (Sabtu)  
Masa       :  8.30 pagi
Tempat    :  Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
Bayaran  :  RM 60.00 /peserta (Termasuk makanan tengahari)
 
Sebagai makluman beberapa kemudahan telah di sediakan di Kelab Komuniti Taman Tasik Putrajaya untuk kemudahan peserta.Antaranya adalah
 
1. Surau
2. Shower
3. Kemudahan Parking 
4. Bilik berehat
5. Taman Permainan
6. Coffee-house
 
Kepada ahli-ahli kelab yang berminat sila berikan nama kepada penama - penama berikut
 
1. Asmadi Jumain ( Unit Rangkaian) 6070
2. Norsalzafani Mohd Nazri ( Unit Applikasi Pengurusan Universiti) 6092
 
Tarikh tutup permohonan adalah selewat- lewatnya pada 14 Mei 2012
 
 

Senarai Aktiviti CITEF 2012

AJK CITEF yang bersidang pada 13 April 2012 telah menetapkan beberapa aktiviti sepanjang 2012.Senarai aktiviti adalah berdasarkan  senaraipendek aktiviti yang telah di war warkan kepada semua ahli sebelum ini.Berikut adalah senarai aktiviti yang di rancang sepanjang 2012


BIL NAMA AKTIVTI TARIKH TENTATIF PENGARAH PROGRAM
1 Pertandingan Tenpin Bowling Piala Pengarah 2012 30 Mac 2012 En Mohd Radzif Mohd Razali
2 Program Hari Keluarga 2012 15 -17 Jun @012 En Mohd Radzif Mohd Razali
3 Paint Ball 19 Mei 2012 En Nor Azlan Ramly
4 Program Lawatan ke Rumah Anak Yatim Julai @ Ogos 2012 En Izwan Norzam
5 Majlis Berbuka Puasa di Bangunan PTM Ogos 2012 Cik Mazni Latif
6 Majlis Sambutan Hari Raya di Bangunan PTM September 2012 Cik Norsalzafani Mohd Nazri
7 Aktiviti Sukan Mingguan
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Aerobik
- Liga Bowling


En Asmadi Jumaain
Pn Noor Nadia Elmar
Pn Suzerawati Ujang
Pn Nurin Aiza Abd Aziz
8 Program Mendaki Bukit Broga dan Abseling Oktober @ November 2012 Pn Suzerawati Ujang

Penukaran Nama CEKMITE.FC kepada CITEF

Adalah di maklumkan Kelab CEKMITE.FC (Centre of Knowledge Management and Information Technology Family Club)  di tukarkan kepada Kelab CITEF (Center Of Information Technology Family Club). Penjenamaan ini berkuatkuasa pada 23 April 2012 hasil persetujuan semua ahli.Untuk itu sebarang urusan berkaitan Kelab Keluarga PTM adalah menggunakan nama Kelab CITEF


Isnin, 16 April 2012

Pemilihan Nama Baru Kelab CEKMITE

Berdasarkan Pertandingan Mencipta Nama dan Logo Kelab Baru sebelum ini,Kelab CEKMITE.FC telah menerima 4 penyertaan.Untuk itu cara pemilihan akan di lakukan secara live voting melalui blog CEKMITE.Ahli-ahli boleh membuat vote di sebelah kanan blog dengan memilih gambar logo dan nama kelab baru yang menjadi pilihan hati.Live voting ini akan berjalan sepanjang minggu ini.Selain live voting di blog,Pihak Kelab CEKMITE.FC juga akan membuat voting melalui perjumpaan dengan semua ahli yang akan di jadualkan akan di adakan pada 20 April 2012.Berikut di senaraikan pautan bagi senarai penyertaan sebagai makluman.

ITFAC
ITC FC
ITeCh.FC
CITEF

Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengarah 2012

Pada 31 Mac 2012,Kelab CEKMITE.FC telah berjaya menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengarah 2012 bertempat di Ampang Super Bowl,Seremban Parade,Seremban. Kejohanan ini merupakan kejohana tahunan yang memang di adakan setiap tahun,untuk itu AJK baru kelab CEKMITE.FC meneruskan kesinambungannya bagi tahun ini. Penyertaan kali ini adalah seramai 56 orang peserta termasuk 2 pasukan jemputan dari pembekal  dan 1 dari Unit Penerbitan. Kejohanan berjalan dengan begitu meriah dengan balingan perasmian telah di lakukan oleh Pengarah PTM,Encik Idris Takyan.Kejohanan yang bermula jam 2.00 ptg itu berakhir pada jam 6.00 ptg. Berikut adalah barisan jawatankuasa Kejohanan Bowling Piala Pengarah 2012
 

Pengarah Program  :  Mohd Radzif Mohd Razali
Setiausaha Program : Muhammad Adib Abdul Rahman
Bendahari Program  : Asmadi Jumain
AJK Pertandingan  : Nor Azlan Ramly
AJK Hadiah dan Cenderamata :  Mohd Aidil Salim
AJK Hadiah dan Cenderamata : Norsyafinaz Mohd Saleh
AJK Kudapan : Noor Nadia Elmar Abd Malek
AJK Kudapan : Mazni@Ahmad Muzzamil Rashid

Berikut adalah senarai pemenang bagi kejohanan tersebut

Tempat Pertama : Kumpulan Nurin Aiza
Tempat Kedua  : Unit Penerbitan
Tempat Ketiga  : Kumpulan Salam
Tempat Keempat : Kumpulan Khairul Nizaar
Tempat Kelima : Kumpulan Nor Azlan

Peseta Lelaki Terbaik : Mohd Khairi Md Azali (Kaduk)
Peserta Wanita Terbaik : Nurin Aiza Abd Aziz
Peserta Lelaki Paling Ceria : Mohd Radzif Mohd Razali
Peserta Wanita Paling Ceria : Nur'Ain Basarudin

Tahniah di ucapkan kepada pemenang.Tahniah juga kepada semua ahli di atas komitmen yang telah di berikan.



















Majlis Perpisahan Staf PTM

Pada 29 Mac 2012,Kelab CEKMITE.FC telah menganjurkan satu majlis khas yang di namakan Majlis Perpisahan Saudara Muhammad Adib bin Abdul Rahman.Majlis ini di adakan bersempena menyambut perpisahan salah seorang staf PTM yang juga ahli CEKMITE.FC iaitu Saudara Muhammad Adib Abdul Rahman atau lebih di kenali sebagai Adib Adot.Saudara Adib Atot merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Unit Applikasi Pelajar.Beliau telah mendapat tawaran bekerja di HUKM dengan jawatan yang sama.Bagi mengenang pekhidmatan beliau selama lebih kurang 3 tahun di PTM,pihak Kelab CEKMITE.FC telah membuat majlis perpisahan untuk beliau.Majlis tersebut telah di hadiri oleh Pengarah PTM,Encik Idris Takyan.











Sambutan Maulidur Rasul 1433 H peringkat USIM

Pada tanggal 8 Mac 2012 bersamaan 15 Rabiulakhir,Kelab CEKMITE.FC dengan kerjasama Unit Pentadbiran PTM telah di beri tanggungjawab untuk menguruskan penyertaan PTM bagi program Perarakan Maulidur Rasul 1433 peringkat USIM.Perarakan bermula di Kompleks Sukan Tunku Najihah dan berakhir di Stadium Tertutup Nilai.PTM telah menghantar lebih kurang 12 kontinjen.Berkonsepkan tema ungu,PTM telah berjaya di pilih sebagai Top 5 bagi kategori perbarisan terbaik.Apapun program sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk menghayati perjuangan Rasulullah di samping menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada baginda sebagai Kekasih Allah,telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Antara program yang di susun sepanjang sambutan ini adalah Ceramah Maulidur Rasul,Persembahan Sketsa,Persembahan Nasyid dan lain.Sebahagian staf PTM juga terlibat dalam menguruskan Sistem U-EVENT bagi memastikan program sambutan berjalan dengan lancar. Tahniah di ucapkan.





















Perkahwinan Ahli Kelab CEKMITE.FC

Tahniah di ucapkan kepada Puan Siti Amirah binti Ariffin di atas perkahwinannya dengan pasangan pada 3 Mac 2012 bersamaan 10 Rabiulakhir 1433 di Kuala Terengganu.Pihak Kelab CEKMITE.FC merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan kekal sehingga ke anak cucu.