Follow Now......!

Jumaat, 17 Februari 2012

Sejarah Penubuhan Kelab Keluarga IT

Pada 18 Ogos 2005,Pusat Teknologi Maklumat atau pada ketika itu di kenali sebagai Unit Teknologi Maklumat yang beroperasi di Bangunan MPAJ 2,Pandan Indah, telah memulakan aktiviti Hari Keluarga bertempat di Bagan Lalang,Sepang.Aktivti ini adalah satu aktiviti yang di uruskan secara tak rasmi oleh Unit Teknologi Maklumat dengan menggunakan nama Kelab Keluarga IT (KKIT).Aktiviti tersebut di jalankan secara bergotong-royong di kalangan staf -staf Unit IT yang mempunyai bilangan sekitar 15 orang ketika itu.
Logo Kelab Keluarga IT (KKIT)
 Pada tahun 2006,USIM telah berpindah ke Bandar Baru Nilai dan Unit Teknologi Maklumat telah di tukarkan dengan nama Pusat Pengurusan Ilmu dan Teknologi Maklunat (PPITM).Pada 14 Jun 2006 atas usaha beberapa pihak,satu mesyuarat khas telah di lakukan khusus bagi tujuan penubuhan Kelab Keluarga secara rasmi.Pada masyuarat tersebut Kelab Keluarga PPITM telahpun di tubuhkan dan Pengerusi pertama kelab ini adalah Cik Yussavialina Hamdan.Kelab ini pada ketika itu melantik Y.Bhg Prof.Dr.Kamaruzzaman Seman,Pengarah PPITM sebagai Penaung dan En Idris Takyan serta En Shaharudin Ismail sebagai Penasihat ! dan Penasihat II.Atas persetujuan semua Kelab Keluarga PPITM telah di beri nama sebagai CEKMITE.FC (Center for Knowledge Management and Information Technology Family Club).CEKMITE.FC juga memperkenalkan logo baru yang di rekabentuk oleh Saudara Shahreza Mohamedin,Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ketika itu.
Logo CEKMITE.FC
Pada tahun 2007,Kelab CEKMITE.FC telah pun memulakan aktiviti hari keluarga yang pertama di bawah nama baru ,di mana aktiviti tersebut di jalankan di Sungai Congkak.Saudara Shahreza Mohamedin telah di lantik sebagai Pengarah Program bagi aktivti tersebut.
Pada 4 Januari 2008,Kelab CEKMITE.FC AJK pertama telah di bubarkan dan di ganti dengan AJK yang baru.Pn. Nurin Aiza Abdul Aziz telah di lantik sebagai Pengerusi baru Kelab CEKMITE.FC iaitu Pengerusi kedua dalam sejarah penubuhan Kelab CEKMITE.FC.Antara aktiviti yang telah di jalankan ialah Program Hari Keluarga di Port Dickson,pertandingan tenpin boling Piala Pengarah,Majlis berbuka puasa dan lain-lain.
Pada Tahun 2010 PPITM sekali bertukar nama iaitu Pusat Teknologi Maklumat  (PTM) di mana pengarah pertamanya adalah Dr.Kamaruddin Saadan.Pada tahun yang sama juga AJK Kelab CEKMITE.FC telah di bubarkan.Seluruh ahli kelab CEKMITE.FC pada ketika itu telah sebulat suara memilih En Amirul Falanee Hasnan sebagai Pengerusi Kelab CEKMITE.FC yang baru.En Amirul merupakan pengerusi ketiga dalam sejarah penubuhan Kelab CEKMITE.FC.Di bawah kepimpinan En Amirul,aktiviti Kelab CEKMITE.FC diteruskan seperti biasa.Antara aktivitinya ialah meneruskan pertandingan tahunan tenpin boling Piala Pengarah,Program Hari Keluarga di Casa Rachado Beach Resort,Port Dickson,Majlis Berbuka Puasa dan lain-lain.AJK ini telah berjaya menjalankan tanggungjawab sehingga Februari 2012.
Pada Februari 2012,Kelab CEKMITE.FC sekali melantik AJK yang baru.Kali ini Saudara Mohd Radzif Mohd Razali pula di beri amanah dan tanggungjawab untuk mengetuai kelab CEKMITE.FC

0 comments:

Catat Ulasan