Objektif Kelab Keluarga PTM

Memupuk semangat kekeluargaan yang tinggi di kalangan staf-staf PTM.dalam melahirkan satu keakraban yang tidak ternilai di dalam menyemai ikatan ukhwah yang mampan

Objektif Kelab Keluarga PTM

Menjalankan aktiviti-aktiviti samada dalam bentuk duniawi mahupun ukhrawi bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli kelab

Objketif Kelab Keluarga PTM

Menjaga kebajikan setiap ahli dan keluarga bagi mewujudkan sifat perkongsian hati samada kegembiraan mahupun kesedihan

Objektif Kelab Keluarga PTM

Melakukan usaha-usaha dalam meletakkan kepentingan diri adalah sama dengan kepentingan ahli-ahli dan keluarga yang lain

Objektif Kelab Keluarga PTM

Membentuk sebuah komuniti yang kuat dan disegani samada di kalangan komuniti USIM mahupun masyarakat luar

Follow Now......!

Selasa, 19 Jun 2012

Hari Keluarga PTM 2012 di Merang Suria Resort,Kuala Terengganu

Alhamdulillah setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan akhirnya Kelab CITEF berjaya juga menganjurkan program Hari Keluarga PTM 2012 yang di gabungkan dengan Program Retreat PTM pada 15 - 17 Jun 2012 bertempat di Merang Suria Resort ,Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.Seramai lebih kurang 109 peserta termasuk pasangan,anak- anak dan ahli keluarga lain telah menyertai program ini.Ianya merupakan satu sejarah baru bagi Kelab mahupun PTM sendiri dalam penganjuran sesuatu program.Dua bas telah di sediakan bagi membawa peserta-peserta ke destinasi.Selain itu 11 peserta lain hadir dengan membawa kenderaan sendiri.,.

CATATAN PERJALANAN
Khamis 14 Jun 2012- Jumaat 15 hb Jun 2012 
Bagi yang menaiki bas, peserta - peserta berkumpul di bangunan PTM pada jam 8.00 malam. Tepat jam 9.20 malam 2 bas yang membawa peserta- peserta mula bergerak ke Terengganu Darul Iman.Destinasi pertama yang di tuju ialah masjid terapung Kuala Ibai.Alhamdulillah lebih kurang jam 5.45 pagi.Dua bas tesebut selamat sampai ke destinasi iaitu selang beberapa minit sebelum azan Subuh berkumandang.Setelah selesai menunaikan solat subuh di samping membersihkan diri,bas meneruskan perjalanan untuk sarapan bagi sebelum menuju ke Taman Tamadun Islam.Dalam lebih kurang 12.30 pagi,perjalanan di teruskan ke penginapan iaitu Merang Suria Resort,Merang untuk check -in.
Jam 4.30 petang,program pertama bermula iaitu ceramah motivasi yang di sampaikan oleh Tn Hj Al Muzmi bin Abd Hamid,Timbalan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat,Universiti Malaysia Terengganu.Ceramah yang bertajuk "Transformasi Minda ke Arah Budaya Cemerlang" berjaya membawa semua peserta meneroka bukan sahaja mencakupi urusan duniawi malahan juga ukhrawi.Ceramah motivasi ini berakhir pada jam 6.30 ptg

Sabtu 16 Jun 2012
Seawal jam 7.30 pagi,setelah selesai bersarapan pagi,peserta-peserta di bawa ke Jeti Merang untuk menaiki bot ke Pulau Taman Laut (Marine Park) Pulau Redang untuk tujuan beriadah.Tiga biji bot di sediakan dengan setiap satunya memuatkan lebih kurang 35 orang peserta telah berlepas ke Pulau Redang tepat jam 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit di mana destinasi selamat sampai sekitar jam 9.30 pagi.Bagi yang berkeluarga,mereka membawa anak-anak bermain -main di tepi pantai sambil menikmati keindahan pantai  Pulau Redang. Bagi sebahagian yang lain,selain bermandi-manda di tepian pantai,menuju pula ke kawasan snorkerling dengan menggunakan peralatan snorkerling yang di pinjamkan melalui UMT.Setelah beridah lebih kurang 3 jam,berkumpul semula ke jeti untuk kembali ke Jeti Merang.Peserta selmat sampai ke Jeti Merang pada jam 2.00 ptg.Kembali ke penginapan untuk makan tengahari sebelum berehat di penginapan masing-masing.
Semua peserta berkumpul semula di padang Merang Resort pada jam 5.30 petang untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu Sukaneka. Lima aktiviti di laksanakan iaitu bowling kelapa,Isi air dalam botol,Baling Bola dan Bakul,Rakit Darat dan Mumia. Aktiviti sukaneka berakhir pada jam 6.30 petang. Aktiviti di teruskan dengan bermandi -mandi di kolam renang Merang Resort.
Pada sebelah malam,aktiviti diteruskan dengan aktiviti BBQ yang akan diserikan lagi dengan pertukaran hadiah dan aktiviti khas iaitu ala-ala super spontan.Aktiviti BBQ di mulakan pada jam 8.00 malam dengan bacaan doa oleh En Hatta diikuti kata-kata aluan oleh Pengerusi CITEF dan Pengarah PTM.Sambil menikmati hidangan ,aktiviti di sambung dengan cabutan undi untuk pertukaran hadiah.Sebanyak lebih kurang 41 hadiah tersedia untuk di bahagikan.Aktiviti pertukaran hadiah di selang selikan dengan aktiviti ala-ala Super Spontan yang di hoskan oleh Pengerusi CITEF sendiri.Aktiviti ini sangat mendapat sambutan daripada semua peserta pada malam itu.Antara aktiviti nya adalah membaca resipi masakan nasi ayam dalam bentuk syair,membaca sajak menggunakan loghat kelantan,video klip,silent comedy,miming dan sebagainya.Program BBQ ini akhirnya tamat lebih kurang jam 10.00 malam.

Ahad 17 Jun 2012
Seawal jam 7.30 pagi,satu Bas telah bersedia untuk membawa peserta lawatan ke UNISZA bagu tujuan lawatan kerja. Seramai lebih kurang 20 peserta terlibat dengan di ketuai oleh Pengarah PTM sendiri iaitu Encik Idris Takyan.Selepas bersarapan pagi,bas mula bergerak tepat jam 8.00 pagi menuju ke UNIISZA.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.Lawatan kerja bermula jam 9.00 pagi di bilik persidangan PTM UNISZA dengan di pengerusikan oleh Dr Nordin selaku Pengarah PTM UNISZA.Acara di teruskan dengan lawatan ke Pusat Data UNISZA dengan melihat teknologi baru bilik server tanpa penghawa dingin.Lebih kurang jam 11.30 pagi,lawatan berakhir dan bertolak kembali ke Merang Suria Resort untuk makan tengahari dan check out.Tepat jam 1.00 ptg bas mula bergerak menuju ke USIM.

Gambar-gambar akan di upload dari masa ke masa.Sebarang komen atau penambahbaikan adalah amat di alu-alukan dengan mengisi di ruangan komen