Objektif Kelab Keluarga PTM

Memupuk semangat kekeluargaan yang tinggi di kalangan staf-staf PTM.dalam melahirkan satu keakraban yang tidak ternilai di dalam menyemai ikatan ukhwah yang mampan

Objektif Kelab Keluarga PTM

Menjalankan aktiviti-aktiviti samada dalam bentuk duniawi mahupun ukhrawi bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli kelab

Objketif Kelab Keluarga PTM

Menjaga kebajikan setiap ahli dan keluarga bagi mewujudkan sifat perkongsian hati samada kegembiraan mahupun kesedihan

Objektif Kelab Keluarga PTM

Melakukan usaha-usaha dalam meletakkan kepentingan diri adalah sama dengan kepentingan ahli-ahli dan keluarga yang lain

Objektif Kelab Keluarga PTM

Membentuk sebuah komuniti yang kuat dan disegani samada di kalangan komuniti USIM mahupun masyarakat luar

Follow Now......!

Rabu, 29 Februari 2012

Lagi Kelahiran bayi ahli Kelab CEKMITE.FC

Tahniah di ucapkan kepada Pn Asnah Mohd Taib Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Unit Applikasi Pengurusan Universiti di atas kelahiran anak yang ke 4.Beliau selamat melahirkan seorang puteri pada tanggal 25 Februari 2012 bersamaan 3 RabiulAkhir 1433 di Hospital Serdang.Semoga menjadi anak yang solehah

Selasa, 28 Februari 2012

Cadangan Aktiviti sepanjang tahun 2012

AJK Kelab CEKMITE.FC telah bersetuju untuk menyenaraikan cadangan aktiviti yang akan di adakan sepanjang tahun 2012 kepada semua ahli -ahli. Ahli - ahli lain boleh menambah aktiviti -aktiviti lain selain cadangan yang di kemukan.Ini sesuai dengan konsep yang cuba di terapkan oleh AJK iaitu menjalankan aktiviti yang di persetujui oleh semua ahli -ahli.Cadangan boleh di kemukan sehingga AJK Kelab CEKMITE.FC bersidang pada 13 April 2012 di mana AJK akan membuat senarai pendek aktiviti - aktivti tersebut dan melantik Pengarah Program bagi setiap aktiviti yang di senaraipendekkan.

Berikut adalah senarai cadangan aktiviti yang telah di bincangkan oleh AJK pada mesyuarat terdahulu

1. Pertandingan Tenpin Bowling Piala Pengarah 2012
2. Program Hari Keluarga2012
3. Program lawatan ke rumah anak yatim
4. Program lawatan ke rumah orang tua
5. Majlis berbuka puasa di Bangunan PTM
6. Majlis sambutan hari raya di Bangunan PTM
7. Aktiviti sukan mingguan
   - Bolasepak
   - Bolajaring
   - Badminton
8. Pertandingan Futsal tertutup
9. Pertandingan Warcraft.
10.Perkhidmatan berbayar (luar waktu kerja)
   - Servis Komputer
   - Jahitan Felt
11.Program mendaki Bukit Broga dan Abseling



Sebarang komen dan penambahbaikan adalah amat di alu - alukan

Rabu, 22 Februari 2012

Kelahiran bayi perempuan Ahli Kelab CEKMITE.FC

Tahniah di ucapkan kepada Dzulfakimin bin Zulkifili,Juruteknik Komputer di Unit Infra ICT di atas kelahiran puteri sulung beliau yang bernama Nik Zulayesha Zaara binti Dzulfakimin.Puteri beliau selamat di lahirkan pada 2 Feb 2012 bersamaan 9 Rabiul Awal 1433 jam  5.35 pm di PPUKM. Semoga menjadi anak yang solehah.



Sumbangan Tetap kepada ahli Kelab CEKMITE.FC

Berikut adalah sumbangan tetap yang telah di persetujui  untuk diberikan kepada ahli Kelab CEKMITE.FC.
PERKAHWINAN
 - RM 100
KELAHIRAN
 - RM 40
KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT
 - RM 100
Kepada ahli yang masih belum menerima sumbangan yang berkaitan sila berhubung dengan Bendahari Kelab iaitu Cik Norsalzafani binti Mohd Nazri.

Selasa, 21 Februari 2012

Pertandingan nama dan logo baru Kelab CEKMITE.FC

Satu pertandingan menukarkan nama dan logo baru Kelab CEKMITE.FC akan di adakan dan terbuka kepada semua staf PTM termasuk AJK Induk Kelab CEKMITE.FC.Ini memandangkan nama CEKMITE.FC tidak sesuai dengan nama Pusat Teknologi Maklumat kerana masih menggunakan nama lama iaitu Pusat Pengurusan Ilmu dan Teknologi Maklumat.

Kriteria Nama Baru Kelab CEKMITE.FC
a. Nama yang di beri mestilah berkaitan dengan Kelab Keluarga PTM.

Kriteria Logo Baru Kelab CEKMITE.FC
a. Logo mestilah mengandungi tema 'Keakraban,Kekeluargaan dan IT'
b. Beserta dengan penerangan

Hadiah
Potongan yuran ahli selama 6 bulan

Pertandingan akan berlangsung sepanjang bulan Mac 2012

Isnin, 20 Februari 2012

Carta Organisasi

Berikut adalah carta organisasi bagi Kelab CEKMITE.FC bagi sesi 2012/2013. Carta ini tidak termasuk Penaung dan Penasihat.Sebagai Tambahan Penaung Kelab CEKMITE.FC ialah Encik Idris Takyan,Pengarah PTM dan Penasihat pula adalah Cik Yussavialina Hamdan,Pegawai Teknologi Maklumat merangkap Ketua Unit Operasi dan Sistem Operasi

Jumaat, 17 Februari 2012

Sejarah Penubuhan Kelab Keluarga IT

Pada 18 Ogos 2005,Pusat Teknologi Maklumat atau pada ketika itu di kenali sebagai Unit Teknologi Maklumat yang beroperasi di Bangunan MPAJ 2,Pandan Indah, telah memulakan aktiviti Hari Keluarga bertempat di Bagan Lalang,Sepang.Aktivti ini adalah satu aktiviti yang di uruskan secara tak rasmi oleh Unit Teknologi Maklumat dengan menggunakan nama Kelab Keluarga IT (KKIT).Aktiviti tersebut di jalankan secara bergotong-royong di kalangan staf -staf Unit IT yang mempunyai bilangan sekitar 15 orang ketika itu.
Logo Kelab Keluarga IT (KKIT)
 Pada tahun 2006,USIM telah berpindah ke Bandar Baru Nilai dan Unit Teknologi Maklumat telah di tukarkan dengan nama Pusat Pengurusan Ilmu dan Teknologi Maklunat (PPITM).Pada 14 Jun 2006 atas usaha beberapa pihak,satu mesyuarat khas telah di lakukan khusus bagi tujuan penubuhan Kelab Keluarga secara rasmi.Pada masyuarat tersebut Kelab Keluarga PPITM telahpun di tubuhkan dan Pengerusi pertama kelab ini adalah Cik Yussavialina Hamdan.Kelab ini pada ketika itu melantik Y.Bhg Prof.Dr.Kamaruzzaman Seman,Pengarah PPITM sebagai Penaung dan En Idris Takyan serta En Shaharudin Ismail sebagai Penasihat ! dan Penasihat II.Atas persetujuan semua Kelab Keluarga PPITM telah di beri nama sebagai CEKMITE.FC (Center for Knowledge Management and Information Technology Family Club).CEKMITE.FC juga memperkenalkan logo baru yang di rekabentuk oleh Saudara Shahreza Mohamedin,Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ketika itu.
Logo CEKMITE.FC
Pada tahun 2007,Kelab CEKMITE.FC telah pun memulakan aktiviti hari keluarga yang pertama di bawah nama baru ,di mana aktiviti tersebut di jalankan di Sungai Congkak.Saudara Shahreza Mohamedin telah di lantik sebagai Pengarah Program bagi aktivti tersebut.
Pada 4 Januari 2008,Kelab CEKMITE.FC AJK pertama telah di bubarkan dan di ganti dengan AJK yang baru.Pn. Nurin Aiza Abdul Aziz telah di lantik sebagai Pengerusi baru Kelab CEKMITE.FC iaitu Pengerusi kedua dalam sejarah penubuhan Kelab CEKMITE.FC.Antara aktiviti yang telah di jalankan ialah Program Hari Keluarga di Port Dickson,pertandingan tenpin boling Piala Pengarah,Majlis berbuka puasa dan lain-lain.
Pada Tahun 2010 PPITM sekali bertukar nama iaitu Pusat Teknologi Maklumat  (PTM) di mana pengarah pertamanya adalah Dr.Kamaruddin Saadan.Pada tahun yang sama juga AJK Kelab CEKMITE.FC telah di bubarkan.Seluruh ahli kelab CEKMITE.FC pada ketika itu telah sebulat suara memilih En Amirul Falanee Hasnan sebagai Pengerusi Kelab CEKMITE.FC yang baru.En Amirul merupakan pengerusi ketiga dalam sejarah penubuhan Kelab CEKMITE.FC.Di bawah kepimpinan En Amirul,aktiviti Kelab CEKMITE.FC diteruskan seperti biasa.Antara aktivitinya ialah meneruskan pertandingan tahunan tenpin boling Piala Pengarah,Program Hari Keluarga di Casa Rachado Beach Resort,Port Dickson,Majlis Berbuka Puasa dan lain-lain.AJK ini telah berjaya menjalankan tanggungjawab sehingga Februari 2012.
Pada Februari 2012,Kelab CEKMITE.FC sekali melantik AJK yang baru.Kali ini Saudara Mohd Radzif Mohd Razali pula di beri amanah dan tanggungjawab untuk mengetuai kelab CEKMITE.FC