Objektif Kelab Keluarga PTM

Memupuk semangat kekeluargaan yang tinggi di kalangan staf-staf PTM.dalam melahirkan satu keakraban yang tidak ternilai di dalam menyemai ikatan ukhwah yang mampan

Objektif Kelab Keluarga PTM

Menjalankan aktiviti-aktiviti samada dalam bentuk duniawi mahupun ukhrawi bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli kelab

Objketif Kelab Keluarga PTM

Menjaga kebajikan setiap ahli dan keluarga bagi mewujudkan sifat perkongsian hati samada kegembiraan mahupun kesedihan

Objektif Kelab Keluarga PTM

Melakukan usaha-usaha dalam meletakkan kepentingan diri adalah sama dengan kepentingan ahli-ahli dan keluarga yang lain

Objektif Kelab Keluarga PTM

Membentuk sebuah komuniti yang kuat dan disegani samada di kalangan komuniti USIM mahupun masyarakat luar

Follow Now......!

Isnin, 16 April 2012

Pemilihan Nama Baru Kelab CEKMITE

Berdasarkan Pertandingan Mencipta Nama dan Logo Kelab Baru sebelum ini,Kelab CEKMITE.FC telah menerima 4 penyertaan.Untuk itu cara pemilihan akan di lakukan secara live voting melalui blog CEKMITE.Ahli-ahli boleh membuat vote di sebelah kanan blog dengan memilih gambar logo dan nama kelab baru yang menjadi pilihan hati.Live voting ini akan berjalan sepanjang minggu ini.Selain live voting di blog,Pihak Kelab CEKMITE.FC juga akan membuat voting melalui perjumpaan dengan semua ahli yang akan di jadualkan akan di adakan pada 20 April 2012.Berikut di senaraikan pautan bagi senarai penyertaan sebagai makluman.

ITFAC
ITC FC
ITeCh.FC
CITEF

Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengarah 2012

Pada 31 Mac 2012,Kelab CEKMITE.FC telah berjaya menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengarah 2012 bertempat di Ampang Super Bowl,Seremban Parade,Seremban. Kejohanan ini merupakan kejohana tahunan yang memang di adakan setiap tahun,untuk itu AJK baru kelab CEKMITE.FC meneruskan kesinambungannya bagi tahun ini. Penyertaan kali ini adalah seramai 56 orang peserta termasuk 2 pasukan jemputan dari pembekal  dan 1 dari Unit Penerbitan. Kejohanan berjalan dengan begitu meriah dengan balingan perasmian telah di lakukan oleh Pengarah PTM,Encik Idris Takyan.Kejohanan yang bermula jam 2.00 ptg itu berakhir pada jam 6.00 ptg. Berikut adalah barisan jawatankuasa Kejohanan Bowling Piala Pengarah 2012
 

Pengarah Program  :  Mohd Radzif Mohd Razali
Setiausaha Program : Muhammad Adib Abdul Rahman
Bendahari Program  : Asmadi Jumain
AJK Pertandingan  : Nor Azlan Ramly
AJK Hadiah dan Cenderamata :  Mohd Aidil Salim
AJK Hadiah dan Cenderamata : Norsyafinaz Mohd Saleh
AJK Kudapan : Noor Nadia Elmar Abd Malek
AJK Kudapan : Mazni@Ahmad Muzzamil Rashid

Berikut adalah senarai pemenang bagi kejohanan tersebut

Tempat Pertama : Kumpulan Nurin Aiza
Tempat Kedua  : Unit Penerbitan
Tempat Ketiga  : Kumpulan Salam
Tempat Keempat : Kumpulan Khairul Nizaar
Tempat Kelima : Kumpulan Nor Azlan

Peseta Lelaki Terbaik : Mohd Khairi Md Azali (Kaduk)
Peserta Wanita Terbaik : Nurin Aiza Abd Aziz
Peserta Lelaki Paling Ceria : Mohd Radzif Mohd Razali
Peserta Wanita Paling Ceria : Nur'Ain Basarudin

Tahniah di ucapkan kepada pemenang.Tahniah juga kepada semua ahli di atas komitmen yang telah di berikan.



















Majlis Perpisahan Staf PTM

Pada 29 Mac 2012,Kelab CEKMITE.FC telah menganjurkan satu majlis khas yang di namakan Majlis Perpisahan Saudara Muhammad Adib bin Abdul Rahman.Majlis ini di adakan bersempena menyambut perpisahan salah seorang staf PTM yang juga ahli CEKMITE.FC iaitu Saudara Muhammad Adib Abdul Rahman atau lebih di kenali sebagai Adib Adot.Saudara Adib Atot merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Unit Applikasi Pelajar.Beliau telah mendapat tawaran bekerja di HUKM dengan jawatan yang sama.Bagi mengenang pekhidmatan beliau selama lebih kurang 3 tahun di PTM,pihak Kelab CEKMITE.FC telah membuat majlis perpisahan untuk beliau.Majlis tersebut telah di hadiri oleh Pengarah PTM,Encik Idris Takyan.











Sambutan Maulidur Rasul 1433 H peringkat USIM

Pada tanggal 8 Mac 2012 bersamaan 15 Rabiulakhir,Kelab CEKMITE.FC dengan kerjasama Unit Pentadbiran PTM telah di beri tanggungjawab untuk menguruskan penyertaan PTM bagi program Perarakan Maulidur Rasul 1433 peringkat USIM.Perarakan bermula di Kompleks Sukan Tunku Najihah dan berakhir di Stadium Tertutup Nilai.PTM telah menghantar lebih kurang 12 kontinjen.Berkonsepkan tema ungu,PTM telah berjaya di pilih sebagai Top 5 bagi kategori perbarisan terbaik.Apapun program sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk menghayati perjuangan Rasulullah di samping menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada baginda sebagai Kekasih Allah,telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Antara program yang di susun sepanjang sambutan ini adalah Ceramah Maulidur Rasul,Persembahan Sketsa,Persembahan Nasyid dan lain.Sebahagian staf PTM juga terlibat dalam menguruskan Sistem U-EVENT bagi memastikan program sambutan berjalan dengan lancar. Tahniah di ucapkan.





















Perkahwinan Ahli Kelab CEKMITE.FC

Tahniah di ucapkan kepada Puan Siti Amirah binti Ariffin di atas perkahwinannya dengan pasangan pada 3 Mac 2012 bersamaan 10 Rabiulakhir 1433 di Kuala Terengganu.Pihak Kelab CEKMITE.FC merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan kekal sehingga ke anak cucu.