Follow Now......!

Selasa, 28 Februari 2012

Cadangan Aktiviti sepanjang tahun 2012

AJK Kelab CEKMITE.FC telah bersetuju untuk menyenaraikan cadangan aktiviti yang akan di adakan sepanjang tahun 2012 kepada semua ahli -ahli. Ahli - ahli lain boleh menambah aktiviti -aktiviti lain selain cadangan yang di kemukan.Ini sesuai dengan konsep yang cuba di terapkan oleh AJK iaitu menjalankan aktiviti yang di persetujui oleh semua ahli -ahli.Cadangan boleh di kemukan sehingga AJK Kelab CEKMITE.FC bersidang pada 13 April 2012 di mana AJK akan membuat senarai pendek aktiviti - aktivti tersebut dan melantik Pengarah Program bagi setiap aktiviti yang di senaraipendekkan.

Berikut adalah senarai cadangan aktiviti yang telah di bincangkan oleh AJK pada mesyuarat terdahulu

1. Pertandingan Tenpin Bowling Piala Pengarah 2012
2. Program Hari Keluarga2012
3. Program lawatan ke rumah anak yatim
4. Program lawatan ke rumah orang tua
5. Majlis berbuka puasa di Bangunan PTM
6. Majlis sambutan hari raya di Bangunan PTM
7. Aktiviti sukan mingguan
   - Bolasepak
   - Bolajaring
   - Badminton
8. Pertandingan Futsal tertutup
9. Pertandingan Warcraft.
10.Perkhidmatan berbayar (luar waktu kerja)
   - Servis Komputer
   - Jahitan Felt
11.Program mendaki Bukit Broga dan Abseling



Sebarang komen dan penambahbaikan adalah amat di alu - alukan

1 comments:

Ambe nok cadangkang Majlis bacaang Yassin setiap pagi jumaat & jamuang sarapang pagi yang sederhana sahaja. mungking boleh dapatkang derma sedekah dari ahli2 atau ada ahli2 yang rajing masak. Amalang ini dapat menghindarkang segala pandangang negatif sesama ahli.

Catat Ulasan